My Birthday


Make your own Countdown Clocks

Friday, 6 November 2009

Aku dan Merah (Part 1)

Hari ini 6 haribulan November 2009. Hari Jumaat. Ini bermakna saya sudah berada di muka bumi ini selama 21 tahun dan 18 hari.


Hari ini berjalan agak lancar sehinggalah saya mandi setengah jam yang lalu.

Sesuatu telah berlaku. Sesuatu yang agak ganjil tetapi benar. Tidak pernah dalam hidup saya mengalami perkara seperti ini. Otak saya ligat berpusing. Betulkah apa yang aku lihat?

Warnanya merah. Memang merah warnanya. Merah darah. Masih segar warnyanya.

Mata aku dengan sejujur-jujurnya dia berkata “ya itulah yang awak nampak.”

Satu persatu perasaan datang menerkam. Segalanya berlaku secepat kilat. Terkejut. Pelik. Takut. gelisah. Sepi.

Mulut aku membisu. Lidak aku terkelu. Peti suara ibarat pecah berkecai.

Hanya hati mampu bersuara. Dalam diam, ditemani bunyi pancutan air, aku cuba bertenang.

Aku menyelak daun pintu. Kali ini aku lakukannya tidak seperti hari-hari yang dulu. Tenaga yang digunakan lemah sahaja..

Patutkah aku memberitahu seseorang apa yang aku nampak? Terasa ingin berbuat demikian. Tapi.. siapa? Nak beritahu apa? bagaimana caranya? Hatiku cuba memujuk. Tapi aku tak termakan pujuk itu.

Tadi aku makan malam. Seorang diri. Kedai makan agak lenggang. Cuaca yang sejuk menusuk-nusuk kulit sehingga ke tulang batinku. Lauk-pauk masih panas menanti pelanggan yang masih belum mengisi perut. suara percakapan sana dan sini. Ada orang memesan air. Ada orang bergosip. Ada juga orang yang hanya diam menjamah makanan mereka.

Aku memilih lauk yang tersedia di depan kaunter. 3 lauk kesemuanya yang aku ceduk dan letakkan atas pinggan aku bersama nasi. Ada satu lauk yang ku ambil agak kontroversi. Lama aku tercegat di kaunter memikirkan patutkah aku mengambilnya. Lama sangat aku tak merasanya. Aku tidak terdesak untuk menjamahnya cuma rasa apa salahnya aku merasanya setelah sekian lama. Lagipun orang-orang aku memakannya. Suara kecil juga menginatkanku untuk tidak memakannya. Tidak baik untuk kesihatan. Kata-kata seseorang yang sangat ku sayangi terngiang-terngiang di dalam telinga. Orang itu tidak pernah suka aku memakannya. Aku memang dah berhenti memakannya… sehinggalah tadi. Akhirnya aku mengambil lauk itu.

Kemudian malapetaka ini terjadi. Kenapa? Adakah kerana lauk yang aku ambil? Ataupun disebabkan perkara lain? Dosa yang terkumpul telah melepasi batas dan kini masa untuk aku menerima hukuman?

Aku tidak tahu. Dia mempunyai jawapannya.

Kini aku ingin melelapkan mata. Ingin ku lari daripada reality untuk sehari. Sehingga aku dengan esok hari berjumpa lagi. Cekal dan tabah menghadapi sebagai lelaki.
*akan bersambung

No comments:

Post a Comment