It is a BIG problem when you talked to a so-called 'holy' person or a person who's so 'religious'. These people will never accept and cannot accept opinions from others. For them their religion is the best. Aih.. And i always sakit hati gunung berapi mau meletup talking to them. Not that i don't accept their religion but i just can't accept their mindset.
I found an old friend from primary school and he's a teacher now. I was so shocked that he has changed to that kind of person. Well, i don't feel comfortable talking to him as i feel he's very intimidating and scary. I don't like i when people try to convert me.
You see, all teh religions are right and pure, it's the people who are dirty, corrupted and go nuts.
Below are the converstations between us in Facebook. Ianya dalam bahasa Melayu. Kalau tak faham, gunalah Google Translate. Semoga ia dapat membantu mentranslatekan apa yang perlu ditranslate denagan translation yang betul.
Friend:
Pengalaman menjalankan program perkampungan orang asli: waktu solat berjemaah di bilik...mereka memerhatikan di luar tingkap...moga mendapat petunjuk dan hidayah dari belenggu animisme.
Me: belenggu aninisme? erm.. saya rasa kita tidak patut mengongkong atau cuba menyekat pemikiran dan cara hidup serta kepercayaan kaum lain. setiap kaum mempunyai kepercayaan mereka dan kita harus menghormatinya. Orang Asli tidak pernah dibelenggu aninisme tetapi hidup secara harmoni dan menghormati alam. adakah kita yang kononnya lebih memahami agama ini lebih taqwa taat dan memenuhi ajaran agama masing-masing? tepuk dada usah tanya selera. tanyalah iman tanyalah diri.
Friend: kawanku, dalam konteks ini saya tidak dapat membenarkan 100% apa yang diluahkan...bagi kami umat Islam, jalan ke pintu syurga menurut kaca mata Islam hanya satu iaitu melalui Islam itu sendiri malah dengan tegasnya saya berani katakan Islam... adalah cara hidup yang mesti dipunyai oleh semua makhluk..sebab itu saya mahu membebaskan pemikiran animisme kerana fitrahnya manusia hidup bertuhan dan kerana Dialah yang menciptakan segala-galanya...Hidup beragama juga mengajar kita akan kepatuhan dan tunduk kepada yang Maha satu bukannya pada Matahari, pokok, awan, lautan dan angin yang merupakan sebahagian unsur nikmat yang dikurniakan Allah kepada hambaNya...Soal menyatakan ketaqwaan dan keimanan bukan urusan kita..Jika manusia diberi kebebasan untuk menghukum ketaqwaan dan keimanan seseorang maka rosaklah dunia...saya tidak mahu menyekat pemikiran atau kepercayaan masyarakat lain, walaubagaimanapun ia merupakan tanggungjawab kami sebagai Islam yang akan dipersoalkan akan peranan kami di dunia dalam menyampaikan kebenaran...Tidak berguna kita beriman dan bertaqwa sekiranya yg sedikit itu tidak kita sampaikan maka diazab jualah kita...kami hanya sekadar menyampai risalah para nabi-nabi terdahulu..terpulang kepada masyarakat untuk menerimanya. Islam juga tidak pernah mendesak seseorang itu menerima Islam...carilah buku tentang bagaimana dan kenapa umat Islam perlu berdakwah dan kisah nabi terdahulu...Semua persoalan akan terjawab. Saya terbuka dalam hal ini.Harap perkara ini akan menjernihkan segala yg keruh.
Me: secara ringkasnya setiap individu mempunyai agama dan kepercayaan masing-masing. setiap agama mempunyai ajarannya masing-masing. dari cara percakapan sahabat, adakah saudara bermaksud agama Buddha, Kristian dan Hindu itu agama yang salah? Saudara bagaikan ingin merekrut bukan Islam untuk masuk Islam. Bagi saya ini adalah tidak patut jika seseorang itu telah beragama. Jangan secara sewenang-wenangnya melemparkan tuduhan melulu, tidak bernas secara membuta tuli bahawa seseorang itu dibelenggu aninisme. Atas dasar dan landasan apa didakwa mereka ini dibelenggu? Ini adalah satu penghinaan buat mereka. Walaupun saya bersetuju Islam agama yang baik dan suci tetapi adalah salah jika kita tetap dengan pendirian bahawa agama kita adalah yang terbaik dan agama yang lain tidak. Agama mengajar kita untuk berbaik-baik dan menghormati antara satu sama yang lain. Peranan sebagai umat kepada agama tertentu dengan bertindak terlalu ekstremis dan konservatif hanya akan mendatangkan musibah daripada keamanan. Lihat saja apa yang berlaku di negara asing di mana pertumpahan agama berlaku apabila penganut dua agama bertarung untuk menunjukkan kekuatan dan kebenaran agama masing-masing. Kalau suatu hari nanti, seseorang terbuka hatinya untuk menerima agama tertentu, ini bermakna dia telah menerima hidayahnya. Tidak perlu mereka dipaksa dan tidak perlu ditukar agama mereka dengan cara 'brainwash' atau gertakan. Saya menghormati agama Islam, saya ingin memahaminya dengan lebih mendalam lagi dan saya juga berharap saudara boleh berbuat perkara yang sama terhadap kami yang bukan Islam. Setiap orang ada kebebasan beragamanya. Saya tidak perlu masuk Islam untuk ke syurga kerana saya serta sahabat-sahabat bukan Islam yang lain juga mempunyai syurga kami sendiri. Treat others as you would like to be treated. ini hanyalah pandangan peribadi saya.
Why you two have to communicate in Malay?
ReplyDelete