My Birthday


Make your own Countdown Clocks

Monday, 11 January 2010

pujian buat Aizat, Faizal Tahir, dan Yuna

Seperti yang saya ramalkan, Aizat, Faizal Tahir, dan Yuna akan muncul sebagai pemenang. Hehe.. tak tipu. I memang ramal these 3 will get into Top 3. They are really good. Bukan je lagu sedap tapi persembahan yang mantop.

Yuna mempertaruhkan lagu hitnya Dan Sebenarnya. Walaupun lagu ini simple tetapi ianya cukup soothing dan sedap didengar. Yuna bagaikan tidak menyanyi langsung kerana nyanyiannya yang begitu bersahaja. Bibirnya yang bergincu warna pink muda melontarkan suara seolah-olah sedang bernafas. Akan tetapi, vokalnya itu cukup membuatkan Stadium Putra menggegar. Senyumannya yang manis membuatkan penonton tidak kelip mata untuk setia menghayati lagunya.Tampil sebagai satu-satunya finalist wanita berpurdah, ia memberikan suatu keunikan dalam industri muzik tanah air dan kepada pertandingan ini. Cara pemakaian tudungnya cukup menarik hati saya. I memang pun suka perempuan bertudung. Hehe. Walaupun mendapat tempat ketiga saja, Yuna cukup bertuah kerana merupakan pendatang baru. Sebelum ini, dia bergerak secara underground dengan bandnya. Pertama kali dalam AJL telah mendatangkan rezeki kepada Yuna. Tidak boleh disangkal, Yuna memang talented. Dia boleh menyanyi, bermain alat muzik, menggubah lagu, menulis lirik dan merupakan seorang graduan jurusan undang-undang dari UiTM. Walaupun kebanyakan lagu Yuna adalah dalam Bahasa Inggeris, dia tetap memperlihatkan ciri-ciri seorang Melayu Islam yang soleh, manis, indah berkata-kata, dan sopan perilakunya. Susah kalau nak melihat seorang artis Islam memakai tudung dan membuat persembahan di atas pentas. Hati saya terbuka melihat gaya penampilan Yuna.

Faizal Tahir menerusi lagu tunggalnya dalam AJL24 iaitu Bencinta berjaya merangkul naib juara. Artis yang pernah dilanda kontroversi ini kerana aksi ‘superman’nya kembali merebut anugerah berprestij ini dengan vocalnya yang cukup bertenaga. Faizal Tahir merupakan antara artis lelaki kegemaran saya. Walaupun masih baru dalam industri muzik tanah air, beliau telah berjaya menggondol banyak anugerah. Halangan yang datang tidak pernah melemahkan semangatnya untuk terus berusaha dan berdisiplin untuk terus mencipta kejayaan. Lahir daripada rancangan reality One In A Million, beliau lebih menyerlah daripada pemenang pertandingan tersebut, Suki walaupun Faizah hanya mendapat tempat kedua. Pujian memang harus diberikan kepada artis ini sebagai entertainer yang bagus kerana walaupun cedera di kaki, Faizal telah memberikan persembahan yang mengkagumkan. Tiada siapa yang tahu yang Faizal sebenarnya cedera di kaki sehinggalah apabila Faizal bertongkat untuk ke atas pentas menerima trofi kemenangan. Pakaiannya yang ala-ala Michael Jackson dengan cermin matanya cukup menjadi dengan dendangan lagunya. Mukanya yang serius dalam setiap persembahannya menunjukkan dedikasi dan kesungguhannya untuk memberikan persembahan terbaik kepada penyokong-penyokongnya.

Lagu Pergi daripada Aizat telah dinobatkan sebagai juara untuk AJL24 pada tahun 2010 ini. Seperti yang saya jangkakan, Aizat antara artis pilihan yang akan memenangi anugerah ini. Lagu Pergi ini diterjemah daripada lagu I Go nyanyian Pete Teo. Lagu Pergi juga merupakan lagu tema untuk filem Talentime arahan allahyarham Yasmin Ahmad. Alunan melodi yang perlahan dan sentimental ini cukup menusuk kalbu. Setiap orang di dalam Stadium Putra Bukit Jalil senyap mendengar lagu ini dengan penuh konsentrasi tanpa satu suara. Aizat Berjaya menyampaikan lagu ini dengan penuh perasaan sehingga peluh membasahi dirinya. Persembahan daripada Aizat merupakan satu-satunya persembahan yang menampilkan konsep Malaysia kerana terdapat bangsa lain yang membuat persembahan bersama serta alat muzik orang Cina yang digunakan. Walaupun hanya mereka bertiga di atas pentas, ianya telah cukup untuk menaikkan bulu roma setiap orang yang menyaksi dan mendengar lagu tersebut. Malah, air mata saya hampir jatuh ke bumi sebab tersentuh dengan keikhlasan penyampaian Aizat. Setiap bait-bait kata dalam lagu Pergi sunnguh bermakna. Jika diperhatikan lirik lagu ini, ianya memang sedih kerana seseorang yang bermakna telah pergi dan tidak kembali lagi. Ianya suatu situasi yang sungguh nengguris hari. Lagu ini dimulakan dengan alunan suara daripada wanita India seperti dalam tarian klasik orang India. Kemudian ia dijayakan lagi dengan gesekan alatan muzik tradisional orang Cina iaitu ‘Erhu’ yang dimainkan oleh wanita Melayu. Dahsyat! Pada lagu ini, Aizat tidak meninggikan suaranya seperti lagu-lagunya yang lain. Lagu ini walaupun bernada perlahan tetapi tidak membuatkan pendengarnya mengantuk. Artis muda yang boleh bermain gitar ini kreatif dan celik apabila menggunakan gambar tokoh-tokoh Negara yang berjasa yang telah meninggal dunia sebagai background untuk menguatkan lagi persembahannya. Paparan imej ini membuatkan penonton terutamanya saya untuk mengenang kembalik saat-saat manis bersama orang yang tersayang yang bergelar sayang. Lagu ini penuh dengan feeling and soul. Ais di Kutub Utara pun boleh melebur kalau mendengar lagu ini. Aizat juga mendapat durian runtuh apabila lagu keduanya Kau Aku merangkul anugerah Persembahan Terbaik. Secara keseluruhannya, lagu Pergi dan persembahan Aizat memang layak untuk bergelar Juara Lagu Ke-24.

Superb performance by alI the finalists. Memang tepat pilihan juri-juri profesional. Memkik dan bersuara kuat tidak semestinya menjamin kejayaan sesebuah lagu. Apa yang penting adalah kemampuan untuk menyentuh hati dan jiwa pendengarnya. kan?

Love you lah Aizat, Faizal Tahir and Yuna.

Muax muax muax!

No comments:

Post a Comment