My Birthday


Make your own Countdown Clocks

Showing posts with label entertainment. Show all posts
Showing posts with label entertainment. Show all posts

Tuesday, 1 June 2010

tomorrow do what ah??

Tomorrow do what ah?

Crazeee!! Today is just the first day of new semester and im asking the question.

Damn boring weih! Boring gila2. sien ka boi si. Clueless. Don’t know what to do.

Me, Tiffany n Rachael are asking  the same question.

Tomorrow do what ah??

We just came back from playing computer games actually. This is my first time officially playing computer games in Kampar. im not a game by the way.

And by 12am only the whole Westlake is as quiet as dead town.

Apa ni!! UTAR students insaf already ka??

I myself never faced this situation before.

Last semester was busy for me.

What happened ah?

We should feel excited.

We should be happy.

We should be hyper.

But amma..

Sien leh.

Sumor me and my classmates had a bad start because of Communication Theories results. Sucks man! Unexpected! Unbelievable. And we can’t do anything to change it. It’s a big blow for us la.

First class was fun la. crazy lecturer. But now..

We need entertainment!

Now we need to plan what to do for tomorrow!!

I start to understand why people complain that Kampar is a damn boring town.

wahahah.

i think im sien bcoz i didn't on9 today.

n im sick. so sick.

dats y im boring and grumpy.

I feel like KAPUT already. KARAT on the first day.

So tomorrow do what ah??

Monday, 11 January 2010

pujian buat Aizat, Faizal Tahir, dan Yuna

Seperti yang saya ramalkan, Aizat, Faizal Tahir, dan Yuna akan muncul sebagai pemenang. Hehe.. tak tipu. I memang ramal these 3 will get into Top 3. They are really good. Bukan je lagu sedap tapi persembahan yang mantop.

Yuna mempertaruhkan lagu hitnya Dan Sebenarnya. Walaupun lagu ini simple tetapi ianya cukup soothing dan sedap didengar. Yuna bagaikan tidak menyanyi langsung kerana nyanyiannya yang begitu bersahaja. Bibirnya yang bergincu warna pink muda melontarkan suara seolah-olah sedang bernafas. Akan tetapi, vokalnya itu cukup membuatkan Stadium Putra menggegar. Senyumannya yang manis membuatkan penonton tidak kelip mata untuk setia menghayati lagunya.Tampil sebagai satu-satunya finalist wanita berpurdah, ia memberikan suatu keunikan dalam industri muzik tanah air dan kepada pertandingan ini. Cara pemakaian tudungnya cukup menarik hati saya. I memang pun suka perempuan bertudung. Hehe. Walaupun mendapat tempat ketiga saja, Yuna cukup bertuah kerana merupakan pendatang baru. Sebelum ini, dia bergerak secara underground dengan bandnya. Pertama kali dalam AJL telah mendatangkan rezeki kepada Yuna. Tidak boleh disangkal, Yuna memang talented. Dia boleh menyanyi, bermain alat muzik, menggubah lagu, menulis lirik dan merupakan seorang graduan jurusan undang-undang dari UiTM. Walaupun kebanyakan lagu Yuna adalah dalam Bahasa Inggeris, dia tetap memperlihatkan ciri-ciri seorang Melayu Islam yang soleh, manis, indah berkata-kata, dan sopan perilakunya. Susah kalau nak melihat seorang artis Islam memakai tudung dan membuat persembahan di atas pentas. Hati saya terbuka melihat gaya penampilan Yuna.

Faizal Tahir menerusi lagu tunggalnya dalam AJL24 iaitu Bencinta berjaya merangkul naib juara. Artis yang pernah dilanda kontroversi ini kerana aksi ‘superman’nya kembali merebut anugerah berprestij ini dengan vocalnya yang cukup bertenaga. Faizal Tahir merupakan antara artis lelaki kegemaran saya. Walaupun masih baru dalam industri muzik tanah air, beliau telah berjaya menggondol banyak anugerah. Halangan yang datang tidak pernah melemahkan semangatnya untuk terus berusaha dan berdisiplin untuk terus mencipta kejayaan. Lahir daripada rancangan reality One In A Million, beliau lebih menyerlah daripada pemenang pertandingan tersebut, Suki walaupun Faizah hanya mendapat tempat kedua. Pujian memang harus diberikan kepada artis ini sebagai entertainer yang bagus kerana walaupun cedera di kaki, Faizal telah memberikan persembahan yang mengkagumkan. Tiada siapa yang tahu yang Faizal sebenarnya cedera di kaki sehinggalah apabila Faizal bertongkat untuk ke atas pentas menerima trofi kemenangan. Pakaiannya yang ala-ala Michael Jackson dengan cermin matanya cukup menjadi dengan dendangan lagunya. Mukanya yang serius dalam setiap persembahannya menunjukkan dedikasi dan kesungguhannya untuk memberikan persembahan terbaik kepada penyokong-penyokongnya.

Lagu Pergi daripada Aizat telah dinobatkan sebagai juara untuk AJL24 pada tahun 2010 ini. Seperti yang saya jangkakan, Aizat antara artis pilihan yang akan memenangi anugerah ini. Lagu Pergi ini diterjemah daripada lagu I Go nyanyian Pete Teo. Lagu Pergi juga merupakan lagu tema untuk filem Talentime arahan allahyarham Yasmin Ahmad. Alunan melodi yang perlahan dan sentimental ini cukup menusuk kalbu. Setiap orang di dalam Stadium Putra Bukit Jalil senyap mendengar lagu ini dengan penuh konsentrasi tanpa satu suara. Aizat Berjaya menyampaikan lagu ini dengan penuh perasaan sehingga peluh membasahi dirinya. Persembahan daripada Aizat merupakan satu-satunya persembahan yang menampilkan konsep Malaysia kerana terdapat bangsa lain yang membuat persembahan bersama serta alat muzik orang Cina yang digunakan. Walaupun hanya mereka bertiga di atas pentas, ianya telah cukup untuk menaikkan bulu roma setiap orang yang menyaksi dan mendengar lagu tersebut. Malah, air mata saya hampir jatuh ke bumi sebab tersentuh dengan keikhlasan penyampaian Aizat. Setiap bait-bait kata dalam lagu Pergi sunnguh bermakna. Jika diperhatikan lirik lagu ini, ianya memang sedih kerana seseorang yang bermakna telah pergi dan tidak kembali lagi. Ianya suatu situasi yang sungguh nengguris hari. Lagu ini dimulakan dengan alunan suara daripada wanita India seperti dalam tarian klasik orang India. Kemudian ia dijayakan lagi dengan gesekan alatan muzik tradisional orang Cina iaitu ‘Erhu’ yang dimainkan oleh wanita Melayu. Dahsyat! Pada lagu ini, Aizat tidak meninggikan suaranya seperti lagu-lagunya yang lain. Lagu ini walaupun bernada perlahan tetapi tidak membuatkan pendengarnya mengantuk. Artis muda yang boleh bermain gitar ini kreatif dan celik apabila menggunakan gambar tokoh-tokoh Negara yang berjasa yang telah meninggal dunia sebagai background untuk menguatkan lagi persembahannya. Paparan imej ini membuatkan penonton terutamanya saya untuk mengenang kembalik saat-saat manis bersama orang yang tersayang yang bergelar sayang. Lagu ini penuh dengan feeling and soul. Ais di Kutub Utara pun boleh melebur kalau mendengar lagu ini. Aizat juga mendapat durian runtuh apabila lagu keduanya Kau Aku merangkul anugerah Persembahan Terbaik. Secara keseluruhannya, lagu Pergi dan persembahan Aizat memang layak untuk bergelar Juara Lagu Ke-24.

Superb performance by alI the finalists. Memang tepat pilihan juri-juri profesional. Memkik dan bersuara kuat tidak semestinya menjamin kejayaan sesebuah lagu. Apa yang penting adalah kemampuan untuk menyentuh hati dan jiwa pendengarnya. kan?

Love you lah Aizat, Faizal Tahir and Yuna.

Muax muax muax!

Sunday, 10 January 2010

Mali Tengok Anugerah Juara Lagu Ke-24

Saat yang ditunggu-tunggu telah tiba. Dalam masa 30 minit dari sekarang, akan berlangsungnya Anugerah Juara Lagu Ke-24 (AJL24). Pertandingan ini akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil dari pukul 9pm-11.30pm. Untuk penyokong yang tidak dapat menghadiri anugerah ini boleh menonton secara langsung di TV3 ataupun mendengar melalui Hot.fm.

Pertandingan pada tahun ini agak unik kerana tiada lagi kategori lagu yang dipertandingkan. Hanya terdapat hadiah untuk Lagu Terbaik, Persembahan Terbaik, dan Vokal Terbaik.

Terdapat 14 lagu yang akan dipertandingkan dalam anugerah ini iaitu:

1. Aurora (Komposer/ Penulis Lirik/ Penyanyi: Estranged)

2. Tak Mungkin Kerna Sayang (Komposer: Ajai/ Penulis Lirik: Habsah Hassan/ Penyanyi: Alyah)

3. Cinta Adam & Hawa (Komposer: Azmeer/ Penulis Lirik: Loloq/ Penyanyi: Misha Omar)

4. Masih Jelas (Komposer: Aidit Alfian/ Penulis Lirik: Ad Samad/ Penyanyi: Hafiz)

5. Situasi (Komposer/ Penulis Lirik: Sam/ Penyanyi: Bunkface)

6. Pakai Buang (Komposer/ Penulis Lirik: Edry/ Penyanyi: Stacy)

7. Pergi (Komposer/ Penulis Lirik: Pete Teo/ Penyanyi: Aizat)

8. Aku Skandal (Komposer/ Penulis Lirik: Noh/ Penyanyi: Hujan)

9. Rindu Terhenti (Komposer: Aubrey Suwito/ Penulis Lirik: Tinta/ Penyanyi: Tomok)

10. Aku Rindu Sayang Kamu (Komposer/ Penulis Lirik: Yuzai/ Penyanyi: Black)

11. Bengang (Komposer: Amir/ Penulis Lirik: Sheikh Qalam/ Penyanyi: Akim)

12. Dan Sebenarnya (Komposer/ Penulis Lirik: Yuna, Paan, Efry, Adil/ Penyanyi: Yuna)

13. Kau Aku (Komposer/ Penulis Lirik/ Penyanyi: Aizat)

14. Bencinta (Komposer: Audi Mok/ Penulis Lirik/ Penyanyi: Faizal Tahir)

Penyanyi paling senior adalah Misha Omar dan yang paling junior adalah Hafiz dan Akim dari rancangan realiti Akademi Fantasia.

Penyanyi yang berjaya mempertandingkan lebih daripada 1 lagu dalam AJL24 adalah Aizah iaitu sebanyak 2 buah lagu.

Satu-satunya orang bukan Melayu yang terlibat dalam penulisan lirik untuk lagu-lagu dalam AJL24 ini adalah Pete Teo, seorang yang versatile yang telah disenaraikan sebagai TOP 150 Man to Watch Out by CNN.

Pengacara untuk AJL24 ini masih mengekalkan muka-muka lama iaitu Cheryl Samad, Ally Iskandar dan Faizal Ismail. Ketiga-tiga mereke ini memang merupakan kombinasi yang cukup bagus untuk mengendalikan anugerah berprestij  seperti ini. Terdapat kontroversi di sebalik pemilihan mereka. Adakah Malaysia kempunan bakat baru dalam pengacaraan? Saya rasa ini bukan satu isu kerana untuk menjayakan sesebuah persembahan, hanya yang terbaik dapat mengemudikannya. Pemilihan mereka adalah untuk meneruskan kesinambungan dan kejayaan AJL-AJL yang terdahulu.

Saya memang peminat Cheryl Samad sejak dulu lagi semasa dia mengendalikan rancangan Muzik-Muzik di TV3. Dia merupakan antara pengacara wanita paling berjaya di Malaysia.I kenallah seorang yang special ni, many people say she looks like Cheryl Samad. Haha! some even say that she looks like Nicol David. Haha! This someone and Cheryl Samad both hitam manis, sweet, cute, chomel, kecik, dan petah berbicara.

I doakan this special person dapat jadi pengacara TV one day. =p

Memang best ah dapat tengok these marvellous and talented artistes perform live on the stage. AJL ini adalah satu platform untuk mengiktiraf penggiat hiburan tanah air selain daripada Anugerah Industri Muzik (AIM).

Kesemua lagu-lagu yang dipertandingkan pada malam ini mempunyai kekuatan yang tersendiri dan tidak boleh dipandang remeh. Setiap daripada mereka mempunyai peluang untuk menang. Lagu-lagu yang menambat hati ku adalah:

1.Tak Mungkin Kerna Sayang-Alyah

2.Situasi-Bunkface

3.Pergi-Aizat

4.Rindu Terhenti-Tomok

5.Aku Rindu Sayang Kamu-Black

6.Bengang-Akim

7.Dan Sebenarnya-Yuna

8.Kau Aku-Aizat

9.Bencinta-Faizal Tahir

Saya harap artis pilihan saya akan menang iaitu Yuna, Aizat, dan Faizal Tahir.

I watched Hujan performed before at Hard Rock Hotel, Penang. Someone I know pula muka memang sebijik macam Yuna. She’s now also in UiTM, universiti yang Yuna belajar dulu. I start to listen to Yuna's song because of someone i used to called sayang la.. She can sing Yuna songs very well.

Who says non-Malays tak tengok rancangan berbahasa Melayu? Who says non-Malays tak patut or gila or tak ada standard sebab tengok rancangan Melayu?? BULLSHIT!

I dengar and nyanyi lagu Melayu. So? Does that make me less Chinese? Stuffs with Bahasa Malaysia or regarding Malays are not for Malays only. Bukalah minda. This is Malaysia, we share our uniqueness together. Malaysia belongs to Malaysians and not Malay, Chinese or Indian. It doesn’t belong to Muslims, Buddhists or Hindus as well.

Kalau semua orang sepakat, hormat, memahami dan give and take, taklah asyik gaduh je. Adakah patut kita buat sesuatau yang melukakan agama lain? Agama mana yang mengajar penganutnya untuk mengancam kesucian agama lain??

Anyway, luckily my semester hasn’t start, if not tak bolehg la I tgk AJL24. Hehe. I wanted to go KL n watch but it’s too far la. mahal tau duit bas. Lagipun ada benda belum settle kat penang. Rumah pula berperang. Siapa yang dapat pi tengok tu memang aku JELES la..

Anyway, I wish one day ada non-Malays yang dapat masuk AJL n get one of the awards. Best nya dapat perform on the stage sebesar tu where the whole Malaysia can c u.

I WANA ACHIEVE THAT!

So, Siapa yang anda rasa akan muncul juara pada AJL24 pada malam ini?

Siapa tahu keajaiban mungkin akan berlaku?

Are you ready people?!!

LET’S ROCK YOUR TV!!

Sunday, 27 December 2009

a packed Sunday

It’s Sunday today n it’s gona be a packed one.

I like it this way. I need to do something instead of rotting at home and do nothing.

I know I didn’t blog that much recently. It’s a normal thing when im back in Penang.

So what is so great about today.

Jeng jeng jeng!!


1.       Send and pick my sister from dancing class at school

2.       Meet up with S.K.Hutchings ex-schoolmates

3.       Jalan-jalan at December 2009 Little Penang Street Market at Upper Penang Road

4.       Help mum to clean paternal grandma’s house (grrhhH)

5.       Launching of Line-line Cerita, An Exhibition of Sketches by Ch’ng Kiah Kiean, 6pm, Galeri Seni Mutiara

6.       Helping out Ko-Tai Penang Musical Drama, 8.15pm, Armenian Street

7.       Snap-snap Penang Chingay Parade in town

8.       Cheese cake party with Kaki Penang Heritage Mafia AAK PHT peeps

Korang rugi kalau tak pi. gempak habeh!

U people janganlah balik Penang cuti but stay at home je. aih…

Yang tau pasal events ni, mail ah. Carilah transport.

Come and enjoy and meet ur friends before u go back to uni.

I know things are not the same anymore. dulu alwaz pergi sana pergi sini, join this join that.

But now..

Life macam not so interesting? Boring? Takde aktiviti?

Hope to see my friends there lah. Tata.

Ko-Tai Penang Musical Drama



27/12/2009 Armenian Street 8.15pm

2/1/2010 Padang Kota Lama 8.15pm

3/1/2010 Reservoir Garden, Air Itam 8.15pm

Ko-Tai Penang is a 40-minute musical dance-drama which traces Penang’s journey from Merdeka till the twenty-first century. It features the sung stories of multiethnic Penang residents, some of whom have been displaced as a result of development and the repeal of the Rent Control Act.

Ko-Tai Penang captures the rhythms and sounds of street life and the trades of the diverse communities of Penang through song and dance. It highlights the changes in the cultural scene in Penang through the eyes of ronggeng dancers and street storytellers.

This performance is a sequel to the highly acclaimed community performances entitled Kisah Pulau Pinang (2006) and Ronggeng Merdeka (2007) which traced Penang’s early history and featured Penang’s road to Merdeka respectively.

槟榔屿歌台,是一部40分钟,引述槟城自马来西亚独立后的历史的歌舞剧。剧情是透过收集多元种族的居民的口述历史而构思,部分的采访对象也包括了被废除屋租法令而搬迁的老居民。

槟榔屿歌台 透过舞蹈,音乐和戏剧展现了槟城的特别文化,生活节奏,民间生活习俗和风情。通过曾经历经风霜的舞台和民间艺术表演者的经验叙述槟城艺术表演和娱乐事业的兴与衰。

这部剧是OMBAK较早前两部叙述槟城历史的社区街头表演“Kisah Pulau Pinang (2006)”和 Ronggeng Merdeka (2007)的延续.

FOR more information, please go to http://kotaipenang.wordpress.com/

*IT’S A NOT TO BE MISSED STREET PERFORMANCE!!!

Wednesday, 23 December 2009

A Collection of Yasmin Ahmad's

hohohohoho! yesh yesh yesh!!

i now have DVDs of Yasmin Ahmad's movies.

1. Sepet
2. Gubra
3. Mukshin

And it's all ORIGINAL!!

I was so ulu last time. People always say me and my used to be sayang look like the couple in Sepet.

I didn't know what Sepet is about at all. I watched Gubra at that time but i didn't know Yasmin Ahmad is the director of this movies. Then i did some research. haha! Finally i knew what is Sepet. Some people actually said we are Sepet 2. =p

i wana say this since a long time ago, I AM A BIG FAN OF YASMIN AHMAD!!

Muallaf only in CINEMA

REMINDER!!

Muallaf will be in cinema tomorrow, Thursday 24th December 2009!

IT'S A MUST WATCH SHOW!!

DON't MISS IT because the screening is only from 24-28th December 2009!!

SPread the words.

HIDUP YASMIN AHMAD!!

Venue:
1. TGV Cinemas Jaya Jusco Tebrau/ Johor
2. Cathay Cineplexes City Square/ Johor
3. GSC Cinemas Dataran Pahlawan/ Melaka
4. GSC Berjaya Times Square/ Kuala Lumpur
5. TGV Cinemas Suria KLCC/ Kuala Lumpur
6. GSC Cinemas Midvalley/ Kuala Lumpur
7. TGV Sunway Pyramid, Bandar Sunway/ Selangor
8. GSC Cinemas One Utama/ Selangor
9. Cathay Cineplexes Mutiara Damansara/ Selangor
10. TGV Kinta City, Ipoh/ Perak
11. GSC Plaza Gurney, Georgetown/ Pulau Pinang
12. TGV Perda, Seberang Prai City/ Pulau Pinang
13. GSC Queensbay Mall, Bayan Lepas/ Pulau Pinang
14. GSC Multiplex Sungai Petani/ Kedah
15. GSC Berjaya Megamall, Kuantan/ Pahang
16. Star Cineplex Medan Pelita, Kuching/ Sarawak
17. Growball Cinemax Centre Point, KK/ Sabah

Monday, 21 December 2009

Teaser - A Christmas Carol / Musical Drama



Jesus got cruxified - one of the scenes in the musical drama.

Sunday, 20 December 2009

Buletin 3 Pagi

Selamat pagi dan 1Malaysia.

Anda bersama saya, YB Oh pada Buletin 2.30 Pagi secara langsung dari bilik berita Tiffany Oon Min-I, Ipoh, Perak, Malaysia.

Siaran Langsung ini dibawakan khas kepada anda oleh The Sound Communication Sdn. Bhd.

Antara berita menarik dan menggembirakan pada pagi ini.

1. Exam Moral boleh pass!! Taklah susah bapak gila babi. Syukur boleh buat.

2. Vivien Chang Wei Lin sedang beradu dengan nyenyaknya.

3. Vivien Chang Wei Lin memasak sup ayam dengan potato, tomato and sayur busuk petang tadi. SEDAP!

4. Pertama kalinya dalam sejarah Oh Chin Eng bertandang ke rumah Tiffany Oon Min-I.

5. Oh Chin Eng mendapat 30/40 markah untuk Moral coursework.

6. Oh Chin Eng, Vivien Chang Wei Lin dan Tiffany Oon Min-I akan berthreesome dan tidur sekali pada malam yang tak berbulan ini.

7. Oh Chin Eng berasa girang sekali setelah buat pertama kalinya menghadiri Kristian drama musikal dan the show is really good. 2 thumbs up! 4.5 STARS!! a really good production lah!! nice songs! nice props! good make up! strong vocal! cute wardrobe! lighting cun habis!! wonderful storyline.

8. Oh Chin Eng berasa syiok tak terkata untuk berjumpa kembali dengan Kelvin Ooi. Salute sama dia. He loves his religion more than himself.

9. Bonda Tiffany Oon Min-I belanja Oh Chin Eng dinner yang sedap sekali sehingga menjilat jari kaki but too bad too many people tak boleh nak jilat.

10. Oh Chin Eng sungguh girang dan gay sekali sebab gambar yang disnap tonight sungguh cun dan indah sekali.

11. Oh Chin Eng tidak tidur semalaman sebab dia sungguh bermoral belajar Moral tengah-tengah malam. Masa exam, so happy macam orang gila. Then, p meeting n rushed to Ipoh. Sleepy but cannot sleep.

12. Nigel Aw menghadiahkan Oh Chin Eng sebuah CD brand Condom berisi video pertandingan pidato.

13. Beloved Tiffany Oon Min-I belanja Oh Chin Eng makan 'fruits campur' from 'thong shui kai'. =p

Berjumpa lagi kita pada tarikh dan masa yang belum ditetapkan untuk lebih berita menarik dengan Bahasa Malaysia yang baku.

BERITA TERKINI HIBURAN SYIOK SEKALI!