Sejak
dari kecil, saya selalu berfikir dan percaya.
Apa
yang penting dalam keluarga bukanlah wang semata-mata tapi kasih dan sayang.
Wang
itu besar, dengan wang, segala benda boleh dibeli, segala kekurangan boleh
ditempuhi.
Tapi
gembirakah anda jika wang yang ada tak
membawa kebahagiaan
Tanpa
kasih, tanpa sayang, tanpa cinta, tanpa percaya, tiadalah keluarga.
Rumah
akan jadi hotel. Balik untuk makan, mandi, tidur dan keluar.
Apakah
itu rumah jika tiada perpaduan, tiada penghormatan, tiada percakapan?
Paksaan
tak membawa kegembiraan.
Bila
anak dipaksa melakukan apa yang diimpikan oleh mak bapa, hasilnya adalah
kesedihan.
Bila
anak mengikut jalan sendiri, dia diebnci sebenci-bencinya oleh si bapa.
DI mana
silapnya?
Pilih
kasih semakin menebal. Apa saja yang dibuat ada yang tak kena. Kerja anak
dipandang hina. Gaji sikit tapi dipaksa bagi dja lebih.
Dituduhnya
anak berjudi bola. Dituduhnya itu dan ini, bulan dan bintang,
Dalam hati,
dalam minda, anak itu kotor, tak guna.
Sejak
kecil, ayat ayat ‘you tak berguna, you pergi mati lebih baik, mati cepat aman
cepat’ berkumandang di angkasa.
Sekarang
dituduhnya anak itu mencuri wang dari poket seluarnya.
Segala
plot cerita dia yang reka.
Tiada
siapa tahu yang benar mahupun yang dusta.
Bukankah
dia anak mu juga.
Hati
sungguh sayu dan pedih melihat apa yang di depan mata.
Apa
yang boleh dibuat melainkan berdoa.
Diri
ini tersepit di tengah-tengah dilemma.
Bila
sudah tiada cinta, maka kosonglah jadinya.
Bila
yang longgar makin longgar, yang jauh makin jauh, maka yang akhirnya..
Putus.
Putus.
Tak
mengapa.
Kerana
cinta sudah tiada..
TAMAT
“You
don’t tell him you know. Nevermind if he wants to take. It’s ok to give money
to son. You keep an eye on him. Do you see him bet on football or use a lot of
money? You don’t tell mum you know.”
*akan ku rahsiakan perkara dari dia dan dia yang ada di rumah, supaya hati siapa-siapa tidak akan parah*