I was there at the Bersih 2.0 rally. I witnessed many things that you don’t get to read in newspapers, see in television or hear in radio. If this is real democratic country, let us have freedom of writing. This sajak is my expression. Don’t tell me what to say and what not so say.
Pancutan Sperma Asid
Aku di sana
Berdiri megah dengan isteri
Digantung di leher kecil
Dibalutnya dengan kondom ungu dan putih
Khuatir dicemari sperma berasid
Hati berdebar menanti cekupan
Kaki meggeletar
Bersedia cabut melintang-pukang
Kemudian kau mara
Datang bagaikan ombak
Mara umpama orang hilang akalnya
Gila meraung-raung diserang hysteria
Langkah mu gagah
Menongkah arus kebangkitan rakyat
Di lautan demokrasi
Benteng perpaduan ummah dicerobohi
Kau maki-maki puki
Meneranjang laki-laki
Orang tua, kanak-kanak dan wanita
Pun tidak kau lepasi
Jentera tsunami mu menyerang liar
Trak merah mengganas menghala mereka
Masuk menyelam dalam semangat kuning
Yang berjalan menghayun chota dan baton
Yang gila memukul membabi buta
Lalu tanah merdeka digempar
Siren berkumandang
Gas pemedih mata ditembak-tembak
Meriam air masuk gelanggang
Kau memancut tanpa segan silu
Sperma-sperma asid mu melekat di sini situ
Puas kau memancut
Hilang segala rasa gian
Sperma-sperma asid mu cukup beracun
Yang celik menjadi buta
Rasa cili membakar mata
Cili paling pedas ku pernah rasa
Orang-orang menjadi ayam
Lari berkeliaran
Keluar dari reban
Kau melangkah gagah
Menongkah arus kebangkitan rakyat
Di lautan demokrasi
Benteng perpaduan ummah dicerobohi
Kau maki-maki puki
Meneranjang laki-laki
Orang tua, kanak-kanak dan wanita
Pun tidak kau lepasi
Yang aman kau binasakan
Yang haram kau halalkan
Yang betul kau salahkan
Yang baik kau jahatkan
Yang putih kau hitamkan
Jahanam kau si iblis bermuka manusia
Makan minum atas duit orang Malaysia
Tapi kau berkawat di jalanan
Buat macam tanah ini kau punya
Kelakuan mu bagai orang gasar
Mengagungkan yang jahil dan korup
Memalukan bangsa dan negara
Kau memperkosa keamanan negara
Dicabuli kau kehormatan mereka
Yang berjalan muhibah di tiang hak manusia
Keselamatan mereka kau nodai
Badan mereka kau pijak
Dipenyek-penyek
Direnyuk-renyuk
Kau memancut kau menembak
Sperma-sperma asid mu
Mencari-cari yang tidak berdosa
Kerana kau kotor
Kebersihan Bersih 2.0 menyilau mata mu
Kau
Si pancut yang batangnya tegar
Tegak memancut membabi buta
Air mani asid liar di udara
Merobek suara keramat gegak gempita
Puas kah anda
Melepas nafsu kebinatangan
Menikmati saat-saat pancutan
Melihat ku dan komrad-komrad lain
menanggung sakit derita
Gara-gara kerakusan kuasa mu
Sakit pedih gila lu tau kah
Nasib baik kami tidak mengandung
Dipancut dipercik disimbah sperma-sperma asid mu
Kalau pun benar
Pasti anaknya gugur
Terima kasih si pahlawan bangsat
Kau membuka mata Rakyat yang melihat
Warna sebenar kerajaan demokrat
Oh Chin Eng
Youth Ambassador of Amnesty International Malaysia
Saturday 10/7/2011
*So, will i get arrested for this poem?