My Birthday


Make your own Countdown Clocks

Monday 16 November 2009

sekadar renungan

Jangan sesekali melakukan kesilapan dalam hidup kerana yang silap dan salah bukan selalu diperbetulkan. Orang yang disakiti dan dilukai bukan selalu boleh memaafkan. Sekali tersilap, susah untuk berpatah balik. Tapi kebanyakan masa orang yang tidak berdosa di sekeliling kita turut menjadi mangsa. Masa berjalan ke depan. Matahari tidak mungkin terbit dari barat. Insan mana yang tidak pernah silap. Jalan tidak ada yang rata, apatah lagi hidup sebagai seorang manusia. Apa maknanya jika hidup penuh dengan kebencian, pengkhianatan, kekecewaan, penyesalan, dendam, kedengkian, kepura-puraan, penghinaan, dan keangkuhan. Bermaaf-maafanlah. Berilah peluang kepada bunga-bunga cinta untuk kembali mekar. Dunia ini terlalu besar dan bukan senang untuk dua insan bertemu. Apatah lagi jika timbul bibit-bibit cinta. Kawan biarlah jika seorang, musuh jangan sesekali. Berfikirlah dalam-dalam sebelum bertindak.  Barang kalau rosak, boleh dibaiki. Barang kalau hilang, boleh beli yang baru. Hati yang telah hancur susah untuk dicantum kembali. Cinta yang telah putus takkan kembali lagi.

Fikir-fikirkanlah.

No comments:

Post a Comment