My Birthday


Make your own Countdown Clocks

Sunday 10 January 2010

old people #10


28/12/2008 3.35pm Penang Road, Penang

Mali Tengok Anugerah Juara Lagu Ke-24

Saat yang ditunggu-tunggu telah tiba. Dalam masa 30 minit dari sekarang, akan berlangsungnya Anugerah Juara Lagu Ke-24 (AJL24). Pertandingan ini akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil dari pukul 9pm-11.30pm. Untuk penyokong yang tidak dapat menghadiri anugerah ini boleh menonton secara langsung di TV3 ataupun mendengar melalui Hot.fm.

Pertandingan pada tahun ini agak unik kerana tiada lagi kategori lagu yang dipertandingkan. Hanya terdapat hadiah untuk Lagu Terbaik, Persembahan Terbaik, dan Vokal Terbaik.

Terdapat 14 lagu yang akan dipertandingkan dalam anugerah ini iaitu:

1. Aurora (Komposer/ Penulis Lirik/ Penyanyi: Estranged)

2. Tak Mungkin Kerna Sayang (Komposer: Ajai/ Penulis Lirik: Habsah Hassan/ Penyanyi: Alyah)

3. Cinta Adam & Hawa (Komposer: Azmeer/ Penulis Lirik: Loloq/ Penyanyi: Misha Omar)

4. Masih Jelas (Komposer: Aidit Alfian/ Penulis Lirik: Ad Samad/ Penyanyi: Hafiz)

5. Situasi (Komposer/ Penulis Lirik: Sam/ Penyanyi: Bunkface)

6. Pakai Buang (Komposer/ Penulis Lirik: Edry/ Penyanyi: Stacy)

7. Pergi (Komposer/ Penulis Lirik: Pete Teo/ Penyanyi: Aizat)

8. Aku Skandal (Komposer/ Penulis Lirik: Noh/ Penyanyi: Hujan)

9. Rindu Terhenti (Komposer: Aubrey Suwito/ Penulis Lirik: Tinta/ Penyanyi: Tomok)

10. Aku Rindu Sayang Kamu (Komposer/ Penulis Lirik: Yuzai/ Penyanyi: Black)

11. Bengang (Komposer: Amir/ Penulis Lirik: Sheikh Qalam/ Penyanyi: Akim)

12. Dan Sebenarnya (Komposer/ Penulis Lirik: Yuna, Paan, Efry, Adil/ Penyanyi: Yuna)

13. Kau Aku (Komposer/ Penulis Lirik/ Penyanyi: Aizat)

14. Bencinta (Komposer: Audi Mok/ Penulis Lirik/ Penyanyi: Faizal Tahir)

Penyanyi paling senior adalah Misha Omar dan yang paling junior adalah Hafiz dan Akim dari rancangan realiti Akademi Fantasia.

Penyanyi yang berjaya mempertandingkan lebih daripada 1 lagu dalam AJL24 adalah Aizah iaitu sebanyak 2 buah lagu.

Satu-satunya orang bukan Melayu yang terlibat dalam penulisan lirik untuk lagu-lagu dalam AJL24 ini adalah Pete Teo, seorang yang versatile yang telah disenaraikan sebagai TOP 150 Man to Watch Out by CNN.

Pengacara untuk AJL24 ini masih mengekalkan muka-muka lama iaitu Cheryl Samad, Ally Iskandar dan Faizal Ismail. Ketiga-tiga mereke ini memang merupakan kombinasi yang cukup bagus untuk mengendalikan anugerah berprestij  seperti ini. Terdapat kontroversi di sebalik pemilihan mereka. Adakah Malaysia kempunan bakat baru dalam pengacaraan? Saya rasa ini bukan satu isu kerana untuk menjayakan sesebuah persembahan, hanya yang terbaik dapat mengemudikannya. Pemilihan mereka adalah untuk meneruskan kesinambungan dan kejayaan AJL-AJL yang terdahulu.

Saya memang peminat Cheryl Samad sejak dulu lagi semasa dia mengendalikan rancangan Muzik-Muzik di TV3. Dia merupakan antara pengacara wanita paling berjaya di Malaysia.I kenallah seorang yang special ni, many people say she looks like Cheryl Samad. Haha! some even say that she looks like Nicol David. Haha! This someone and Cheryl Samad both hitam manis, sweet, cute, chomel, kecik, dan petah berbicara.

I doakan this special person dapat jadi pengacara TV one day. =p

Memang best ah dapat tengok these marvellous and talented artistes perform live on the stage. AJL ini adalah satu platform untuk mengiktiraf penggiat hiburan tanah air selain daripada Anugerah Industri Muzik (AIM).

Kesemua lagu-lagu yang dipertandingkan pada malam ini mempunyai kekuatan yang tersendiri dan tidak boleh dipandang remeh. Setiap daripada mereka mempunyai peluang untuk menang. Lagu-lagu yang menambat hati ku adalah:

1.Tak Mungkin Kerna Sayang-Alyah

2.Situasi-Bunkface

3.Pergi-Aizat

4.Rindu Terhenti-Tomok

5.Aku Rindu Sayang Kamu-Black

6.Bengang-Akim

7.Dan Sebenarnya-Yuna

8.Kau Aku-Aizat

9.Bencinta-Faizal Tahir

Saya harap artis pilihan saya akan menang iaitu Yuna, Aizat, dan Faizal Tahir.

I watched Hujan performed before at Hard Rock Hotel, Penang. Someone I know pula muka memang sebijik macam Yuna. She’s now also in UiTM, universiti yang Yuna belajar dulu. I start to listen to Yuna's song because of someone i used to called sayang la.. She can sing Yuna songs very well.

Who says non-Malays tak tengok rancangan berbahasa Melayu? Who says non-Malays tak patut or gila or tak ada standard sebab tengok rancangan Melayu?? BULLSHIT!

I dengar and nyanyi lagu Melayu. So? Does that make me less Chinese? Stuffs with Bahasa Malaysia or regarding Malays are not for Malays only. Bukalah minda. This is Malaysia, we share our uniqueness together. Malaysia belongs to Malaysians and not Malay, Chinese or Indian. It doesn’t belong to Muslims, Buddhists or Hindus as well.

Kalau semua orang sepakat, hormat, memahami dan give and take, taklah asyik gaduh je. Adakah patut kita buat sesuatau yang melukakan agama lain? Agama mana yang mengajar penganutnya untuk mengancam kesucian agama lain??

Anyway, luckily my semester hasn’t start, if not tak bolehg la I tgk AJL24. Hehe. I wanted to go KL n watch but it’s too far la. mahal tau duit bas. Lagipun ada benda belum settle kat penang. Rumah pula berperang. Siapa yang dapat pi tengok tu memang aku JELES la..

Anyway, I wish one day ada non-Malays yang dapat masuk AJL n get one of the awards. Best nya dapat perform on the stage sebesar tu where the whole Malaysia can c u.

I WANA ACHIEVE THAT!

So, Siapa yang anda rasa akan muncul juara pada AJL24 pada malam ini?

Siapa tahu keajaiban mungkin akan berlaku?

Are you ready people?!!

LET’S ROCK YOUR TV!!

PERIBAHASA of the day

Siapa makan cabai, dia rasa c*bai.

*oppss! i mean panas. no, no, it's pedas.

sekadar pedoman

Jangan menyalahkan orang lain kerana jari telunjuk boleh menunjuk pada orang lain, empat jari lagi akan menunjuk pada diri sendiri. Nilailah diri sebelum menilai orang lain. Yang baik datangnya daripada Tuhan, yang buruk datangnya daripada diri sendiri.

when people are too 'religious'

Bila olang boloh buat bnda boloh, wen eyes r covered by power money n fame, wen da name of religion is bein misuse, bila penganut agama nk tunjuk kuasa seolah-olah mrk pesuruh Tuhan yg benar dan betul, n wen they think they r exclusive, cow's head bein chopped off n religious buildings bein burnt down. Wat's da difference wif terrorism?

kerana setitik nila, rosak susu sebelenga.

Dis is Malaysia,my country. Dis is da Islam dat i respect all dis while.

MANGKUK!