My Birthday


Make your own Countdown Clocks

Showing posts with label suaram. Show all posts
Showing posts with label suaram. Show all posts

Tuesday, 29 December 2009

971 Tahanan Ordinan Darurat

Soalan:

Tuan Manogaran a/l Marimuthu [Telok Intan] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:

(a) Berapakah tahanan di bawah Ordinan Darurat (emergency ordinance) setakat atau pada 30 Jun 2009; dan

(b) Adakah Kerajaan bercadang untuk melepaskan mereka atau membawa tuduhan terhadap mereka di Mahkamah.

Jawapan:

Tuan Yang Dipertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Telok Intan yang mengemukakan soalan.

Untuk makluman ahli Yang Berhormat, bilangan tahanan di bawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 setakat atau pada 30 Jun 2009 adalah seramai 971 orang.

Ordinan Darurat (KAMJ) 1969 adalah merupakan undang-undang pencegahan yang berbentuk pemulihan (rehabilitative) dan bukannya berbentuk hukuman (punitive). Kerajaan akan membebaskan mana-mana orang tahanan yang telah menjalani proses pemulihan serta telah mencapai tahap yang ditetapkan.

Semasa menjalani tempoh tahanan, orang tahanan akan mengikuti program pemulihan yang dijalankan oleh agensi-agensi berkaitan dan mereka akan dinilai tahap pemulihan yang telah dicapai. Sehubungan dengan itu, pembebasan terhadap orang Tahanan akan diputuskan dengan mengambil kira syor daripada pelbagai pihak seperti Lembaga Penasihat, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Unit Pemulihan, Kementerian Dalam Negeri, bagi menilai sama ada seseorang itu telah insaf, atau mencapai tahap pemulihan yang ditetapkan.

Untuk makluman ahli Yang Berhormat juga, Kerajaan tidak mendakwa orang-orang tahanan tersebut di mahkamah terbuka memandangkan Ordinan Darurat 1969 adalah merupakan undang-undang pencegahan di bawah kuasa eksekutif Menteri Dalam Negeri yang bertujuan untuk mencegah seseorang dari melakukan kegiatan jenayah yang boleh memudaratkan ketenteraman.

Sumber: http://suarampg.blogspot.com/

Saturday, 12 December 2009

Human Rights Day 2009



Human Rights Day for all

Theme: They Are Here

Date: 12 Dec 09 (Sat)

Venue: Han Chiang College, Penang

Time: 8pm

Organiser: Suara Rakyat Malaysia Penang (SUARAM)

Contact person: Lau Shu Shi


Screening “Breaking Labour" , UDHR Booklet Launch, Photos Exhibition on Refugees