My Birthday


Make your own Countdown Clocks

Showing posts with label sajak. Show all posts
Showing posts with label sajak. Show all posts

Sunday, 29 July 2012

bila putus sudah cinta





Sejak dari kecil, saya selalu berfikir dan percaya.

Apa yang penting dalam keluarga bukanlah wang semata-mata tapi kasih dan sayang.

Wang itu besar, dengan wang, segala benda boleh dibeli, segala kekurangan boleh ditempuhi.

Tapi gembirakah anda  jika wang yang ada tak membawa kebahagiaan

Tanpa kasih, tanpa sayang, tanpa cinta, tanpa percaya, tiadalah keluarga.

Rumah akan jadi hotel. Balik untuk makan, mandi, tidur dan keluar.

Apakah itu rumah jika tiada perpaduan, tiada penghormatan, tiada percakapan?

Paksaan tak membawa kegembiraan.

Bila anak dipaksa melakukan apa yang diimpikan oleh mak bapa, hasilnya adalah kesedihan.

Bila anak mengikut jalan sendiri, dia diebnci sebenci-bencinya oleh si bapa.

DI mana silapnya?

Pilih kasih semakin menebal. Apa saja yang dibuat ada yang tak kena. Kerja anak dipandang hina. Gaji sikit tapi dipaksa bagi dja lebih.

Dituduhnya anak berjudi bola. Dituduhnya itu dan ini, bulan dan bintang,

Dalam hati, dalam minda, anak itu kotor, tak guna.

Sejak kecil, ayat ayat ‘you tak berguna, you pergi mati lebih baik, mati cepat aman cepat’ berkumandang di angkasa.

Sekarang dituduhnya anak itu mencuri wang dari poket seluarnya.

Segala plot cerita dia yang reka.

Tiada siapa tahu yang benar mahupun yang dusta.

Bukankah dia anak mu juga.

Hati sungguh sayu dan pedih melihat apa yang di depan mata.

Apa yang boleh dibuat melainkan berdoa.

Diri ini tersepit di tengah-tengah dilemma.

Bila sudah tiada cinta, maka kosonglah jadinya.

Bila yang longgar makin longgar, yang jauh makin jauh, maka yang akhirnya..

Putus.

Putus.

Tak mengapa.

Kerana cinta sudah tiada..

TAMAT

“You don’t tell him you know. Nevermind if he wants to take. It’s ok to give money to son. You keep an eye on him. Do you see him bet on football or use a lot of money? You don’t tell mum you know.”


*akan ku rahsiakan perkara dari dia dan dia yang ada di rumah, supaya hati siapa-siapa tidak akan parah*

Wednesday, 2 May 2012

bila yang sepatutnya baik menjadi jahat

Gengster sekarang bukan takat yang buka rumah pelacur, jual DVD cetak rompak ataupun nak culik orang. Gengster paling besar sekarang ni ialah si pemakai uniform biru tua yang pukul orang sesuka hati termasuklah media. Merekalah antara manusia terjijik, terkotor terjahanam pernah ku jumpa. Totally no respect for u, except uncle police who control the traffic.

Ya bukan semua polis jahat dan kotor.
Pernah ku jumpa polis yang mesra, baik, dan membantu.
Tapi sekarang di mata dunia, anda memang sudah kotor.
Budaya dalaman mu sukar diubah.
Bila gila, kamu memukul macam hantu diserang histeria.

Hari ke hari, nama mu busuk merata dunia.
Reputasi mu jatuh di mata Malaysians.
Mungkin anda hanya harum di kalangan orang-orang mu.

Keamanan negara bukan terletak lagi di tangan mereka. 
Kepercayaan terhakis. 
Kezaliman terbukti. 
Keraajan kalau kotor, 
masakan orang-orang bawahannya. 

Bangkit rakyat bangkit. 
Negara aman, rakyat selamat. 
Hanya satu caranya, undi. 
Undilah parti alternatif. 

Yang buruk, yang kotor, yang jahat, yang zalim, yang hina, yang binatang, yang lama, yang korup, yang kroni, yang racis, yang seksis, yang bodoh semua kita buang.

Saya suka guna benda bersih, dan saya akan guna sabun baru yang lebih bersih walaupun saya sedar suatu hari nanti sabun itu mungkin tidak sebersih dulu, tapi tidak salah untuk mencuba dan memberi peluang kepada harapan baru.